Perubahan dari buku Harry_Potter_and_the_Chamber_of_Secrets_(filem)

  • Tiada mesej tiba dari Kementerian Sihir selepas Dobby menggunakan sihir di rumah Keluarga Dursley yang menyebabkan Harry hamper dibuang sekolah.
  • Tiada babak membuang gnome di halaman rumah keluarga Weasleys.
  • Harry tidak mendengar perbualan Lucius dan Draco di Knockturn Alley. Babak ini sebenarnya dirakamkan dan terdapat dalam DVD.
  • Tiada pergaduhan di antara Lucius Malfoy dan Arthur Weasley.
  • Di dalam buku, Hermione tidak marah ketika dipanggil Darah Lumpur kerana dia tidak tahu akan maknanya, tetapi di dalam filem, Hermione pun sudah tahu.
  • Penerangan tentang lagenda Bilik Rahsia oleh Profesor Binns telah dilakukan oleh Profesor McGonagall. (Profesor Binns tidak pernah muncul di dalam filem.)
  • Parti Ulangtahun Kematian Nearly Headless Nick (Nick yang Hampir Tidak Berkepala) dan sambutan Valentine diabaikan.
  • Ketika hendak menyerang Harry (atau Dobby) kerana kehilangan Dobby, Lucius Malfoy cuba untuk mengenakan sumpahan membunuh Avada Kedavra sebelum Dobby menyerang semula tetapi J.K. Rowling meminta agar sumpahan itu tidak ditunjukkan sehinggan filem keempat.
  • Di dalam filem, Harry memusnahkan diari itu sebelum Fawkes menyembuhkan lukanya berbanding selepas.
  • Di dalam filem, Hermione dengan mudah mengambil Moste Potente Potions dari rak di perpustakaan. Di dalam buku, Harry, Ron, dan Hermione terpaksa meminta kebenaran dari Lockhart sebelum mengambilnya kerana ia di bahagian yang dilarang.
  • Kisah mengapa Ron takutkan labah-labah tidak ditunjuk.
  • Filch tidak ditunjukkan sebagai seorang squib.
  • Harry tidak mencuri ramuan posyen dari stor peribadi Snape.